smlm ade sedikit perkongsian ilmu di surau mengikut rumah. tajuk nye cukup menarik. "TUJUAN HIDUP". pernah x kita terfikir akn tujuan hidup kita sebenarnya.?satu kebenaran.saya tahu bahawa hidup kita nie mestilah bermatlamat.kalau x, ape yg kita akn cuba usahakan kalau kita sendiri x tahu apa tujuan kita.
setiap diri kita masing- masing semestinya lah mempunyai matlamat yg tersendiri kn?sebagaimana org lain, saya juga ada matlamat untuk berjaya, mendapat apa yang terbaik dan sebagainya. namun kadang2 kita berkemungkinannya terlupa, akan tujuan hakiki yg tergalas di bahu setiap muslim yg dijadikan Allah..
semalam saya disedarkan akan 3 tujuan hakiki manusia hidup di muka bumi ini.
1. menjadi hamba Allah.
2.menjadi khalifah Allah.
3. berdakwah ke jalan Allah.
dalam mendengar perkongsian ilmu tersebut, fikiran saya mula melayang jauh. xpatutnya saya..ermm..
saya terfikir, sejauh manakah saya telah mengabdikan diri kepadaNya.khusyukkah solatku.?kerana Allah kah segala apa yg kulakukan.?berdakwah.?itu wajib dilakukan tp byk mana je yg saya buat.kalau nak dibandingkan, mungkin hanya setitik daripada tujuh lautan.. saya bingung.tersentak.terfikir.
analogi yg telah diberikan. sebenarnya hidup kita nie sama dengan highway PLUS.dari utara ke selatan.jauhnya kan..dan dalam perjalanan yang jauh tue semestinya kita akan berhenti di setiap persimpangan. yela.mngkin untuk melepaskan lelah, mencari makanan dan sebagainya.
samalah juga dengan perjalanan kita sebagai manusia. dijadikan daripada setitis air mani kemudiannya membesar daripada satu alam ke satu alam yang lain yang hanya akan berakhir di alam akhirat jua.sudah pastinya kita akan berhenti di setiap persimpangan yang ada. dan di setiap persimpangan itu sepatutnya kita juga perlulah mencari segala keperluan, sebagaimana kita mencari makanan untuk meneruskan perjalanan. dan dalam perjalanan itu pastinya kita akan disapa oleh segala macam dugaan. sgt byk. kerana itu adalah segala bentuk ujian yg diberikan olehNya hanya untuk menguji kita.
"contoh yang telah diberikan, COUPLE. mcm mane ea.berat juga dugaan ini. saya tertanya2, mcm mana kita hendak menghadapi dugaan ini.?tidak dinafikan bahawa perasaan untuk merasai 'indah'nya ketika couple ada dalam diri saya walaupun saya takut untuk mencuba.sesiapa ada pandangan.??mungkin boleh dikongsi bersama.=)"
byk lagi sebenarnya untuk diceritakan..tp.tidak terluah pula..xpela.cukupla.kita renung2kan dahulu apa yang kita masing2 faham..
p/s ssh juga hendak menulis essay bm.=)sudah lama x dipraktikkan dalam bhasa standard.hehe.maafkan saya cikgu..=)
0 comments:
Post a Comment